Thursday 30 May 2013

KEKAL SIHAT?anda diberi GANJARAN * JATUH SAKIT? anda diberi PERLINDUNGAN





Take 5 Before 5 !

  • Dimanakah kedudukan kewangan kita apabila diuji dengan kesakitan?

  • Siapakah sahabat serta ahli keluarga yang sudi untuk membantu kita ketika diri ditimpa musibah?

  • Apakah kita sudah menyediakan bekalan kewangan yang secukupnya sebagai persediaan untuk menempuh hari-hari kecemasan yang kita tak pernah tahu bila datangnya?

  •  Adakah kita pernah berniat untuk meminta bantuan orang ramai dikala kita ditimpa kesakitan serta kesusahan sedangkan pada waktu sebelumnya kita pernah senang dan tidak terfikir langsung untuk menyediakan payung sebelum hujan?

  • Adakah kita seorang yang sangat penyabar sehinggakan kita sanggup menanggung kesakitan @ melihat anak kita menangis teresak-esak disebabkan oleh sakit hanya kerana menunggu turn untuk dilihat serta dirawat oleh doktor?

segala jawapan hanya anda sahaja yang tahu...Rasulullah selalu pesan kepada umatnya...ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara :

1) Sihat sebelum sakit
2) Lapang sebelum sempit
3) Kaya sebelum miskin
4) Muda sebelum tua
5) Hidup sebelum mati


Ambillah cerita orang sebagai iktibar dan peringatan supaya kita boleh bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan yang ada dengan bekalan yang sudah kita sediakan dari awal. Bertindaklah selagi belum terlambat...






Bagaimana cara nak buat claim?


1- Claim Online (Bil dan Elaun)

Perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS) iaitu claim online terus dari hospital ke PruBSN, anda tidak perlu membayar bil terlebih dahulu, akan hanya berkuatkuasa pada bulan ke 4 bermula dari tarikh polisi (tarikh pada medical card). Ini bermakna, client perlu membayar dahulu bil dan caj perubatan sekiranya dimasukkan wad pada 3 bulan pertama daripada tarikh polisi, tidak kira sama ada masuk hospital panel atau tidak. Kemudian, semua laporan perubatan, bil dan resit asal pembayaran perlu diserahkan kepada PruBSN untuk bayaran semula (reimbursement).
Namun, sekiranya client dimasukkan ke hospital Panel PruBSN disebabkan kemalangan parah, HAS boleh digunakan terus tanpa menunggu 3 bulan. Diingatkan, hanya kemalangan sahaja.
Sekiranya claim menggunakan perkhidmatan online (HAS), anda hanya perlu membawa Medical Card PruBSN ke hospital panel, dan tunjukkan medical card anda kepada kakitangan hospital bahagian kemasukkan pesakit akan mereka menguruskan selanjutnya. Sekiranya terdapat sebarang masalah, anda perlu menelefon agent anda dengan segera. Sebagai langkah bijak, anda dinasihatkan untuk memaklumkan kepada agent yang anda dimasukkan ke hospital. Ini bagi membolehkan agent anda sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku sebarang masalah ketika masuk atau keluar hospital.
Untuk memudahkan anda memahami cara untuk masuk wad menggunakan Medical Card PruBSN Takaful…

2- Reimbursement Claim (Bayar dulu, Claim kemudian)

Sekiranya anda masuk ke hospital yang bukan Panel PruBSN, anda juga boleh menuntut bayaran bil hospital, akan tetapi, semua bil tersebut perlulah diselesaikan terlebih dahulu, dan barulah anda tuntut ke PruBSN.
Sila maklumkan kepada agent anda, bagi membolehkan agent anda menyediakan borang laporan perubatan untuk diisi oleh Doktor yang merawat bagi tujuan tuntutan bil perubatan.

3- Claim Elaun Hospital / Elaun ICU & Elaun Bedah tanpa claim bil (Bil claim dari syarikat majikan atau insurans lain)

Sekiranya majikan anda menyediakan perlindungan perubatan untuk anda, anda boleh menuntut semua elaun yang layak (Elaun Hospital, Elaun ICU, Elaun Bedah, Elaun MC disebabkan kemalangan) kecuali bil rawatan.
Caranya mudah sahaja, pihak PruBSN hanya perlukan laporan perubatan daripada Doktor yang merawat anda dan salinan bil perubatan bagi tujuan pengesahan bilangan hari dan jam anda ditahan di wad. Salinan ini penting kerana sekiranya anda ditahan diwad selama 2 hari dan 6 jam atau lebih, anda layak untuk mendapat elaun hospital berdasarkan 3 hari.
Borang laporan perubatan boleh didapati daripada agent anda atau di mana-mana cawangan Prudential seluruh negara.

4- Claim Accident (Medical/ MC)

Sekiranya berlaku kemalangan kecil dan anda hanya mendapatkan rawatan diklinik, bil caj rawatan boleh dituntut daripada PruBSN. Dokumen yang diperlukan adalah bil dan resit asal serta sedikit laporan daripada Doktor yang merawat mengatakan bahawa caj perubatan tersebut adalah disebabkan kemalangan. PruBSN akan membayar semula tuntutan tertakluk kepada ko-takaful 10%.Terbaru! anda juga boleh membuat pilihan penyelesaian kos perubatan 100%

5- Claim Kematian Biasa (Natural Death)
 

Untuk tuntuan kematian, sekiranya bukan disebabkan oleh kemalangan, pemegang polisi yang meninggal dunia tidak semestinya memerlukan bedah siasat. Ini kerana, laporan Doktor yang lengkap boleh digunakan sebagai rujukan berkenaan sebab kematian dan perkara-perkara yang berkaitan.
Sekiranya kematian berlaku, waris hendaklah memaklumkan kepada agent atau PruBSN mengenai perkara yang berlaku. Seterusnya, agent akan menguruskan dari segi penyediaan dokumen dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat penting bagi setiap pemegang polisi, anda dinasihatkan memberitahu adik-beradik atau saudara-mara dan kawan-kawan bahawa anda mempunyai perlindungan takaful dari Prudential BSN Takaful, dan sekiranya berlaku kematian, mereka boleh memaklumkan sama ada kepada agent atau PruBSN.

6- Claim Kematian Kemalangan (Accidental Death)

Sama keadaannya seperti di atas. Namun, bagi kes kemalangan, biasanya pihak polis akan mengarahkan pihak hospital membuat bedah siasat bagi memastikan kemalangan yang berlaku bukan disebab pemegang polisi berada dalam pengaruh alkohol atau ada unsur-unsur jenayah dan sebagainya.

7- Tempoh Tuntutan

Tempoh tuntutan bergantung kepada jenis tuntutan dan dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan. Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya semua dokumen tuntutan telah lengkap, biasanya dalam masa 3 atau 4 minggu akan dapat cek daripada syarikat. Namun begitu, ia bergantung kepada kes-kes tertentu. Sebagai contoh, tuntutan elaun hospital biasanya lebih cepat daripada tuntutan disebabkan kematian, atau pampasan sakit kritikal.
Anda boleh hubungi agent anda untuk mengetahui status tuntutan yang telah dihantar.

Betulke agent 'MULUT MANIS'? CAKAP TAK SERUPA BIKIN?

Salam Jumaat yg penuh barakah

Umum kita selalu mendengar keluhan klien yg berbunyi
"agent ni waktu nak jual saje mulut manis janji macam2, tapi bila sampai time nak claim..itu ini xboleh" atau "Takaful ni susah nak claim lah, leceh, penipu" 
Saya faham..mungkin anda salah seorang yang mengalami sendiri pengalaman ini dan gagal membuat sebarang tuntutan dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti dari menyimpan di Insurans/Takaful. dan ada juga yang mendengar cerita dari pihak lain.



Maka disini saya kongsikan beberapa sebab, pengalaman dan tips rakan agent seperjuangan supaya anda benar-benar faham sebelum membuat keputusan mengambil mana2 polisi insuran/takaful

Antara Sebab Utama kenapa tak boleh nak CLAIM..

1. Policy Lapsed

Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insuran tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)…pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupanya belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.

2. Manfaat tiada didalam jadual policy

Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, “Semua Cover”…mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card…mereka dengan penuh yakin, “Saya dah ada" tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan “MEDICAL CARD” seperti ini :

Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)…minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.

Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?….bayangkan…lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap….sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?….kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tidak ada manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.

3. Pengecualian (Exclusion)

Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya…(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan “Pre-Existing Condition”
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tumbuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.

4. Non-Disclosure

Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatakan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kena jujur ya..kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.

5. Waiting period (tempoh menunggu)

Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.
flow
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang ni adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit spesifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
-Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
-Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
-Diabetes Mellitus
-Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
-Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
-Hernia, buasir atau fistula
-Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin
Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.

Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga tahu apa yang tidak dilindungi.
sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi.


Sunday 26 May 2013

MELAYU tak ramai ambil insurance/takaful? Betul ke ni?

Berikut antara perbincangan yang saya jumpa di forum2 mengenai insuran/takaful: 

"Mungkin jugakkah majoriti masyarakat melayu tidak mempunyai kesedaran yg tinggi tentang pelaburan jangka panjang menyebabkan mereka tidak memikirkan takaful ini sebagai salah satu keperluan pelaburan juga?masyarakat melayu selalu inginkan sesuatu keuntungan dengan cepat. sebab itu ramai di kalangan kita yg terlibat dgn skim cepat kaya, skim pak man telo dan sebagainya.
Takaful tidak menjanjikan keuntungan segera, mungkin sebab itu masyarakat melayu tidak lihat kepentingannya. mereka bayar premium bulanan tetapi hasilnya tidak nampak segera. sekurang-kurangnya ASB pun boleh dapat dividen setiap tahun. konsep takaful berbeza, keuntungan hanya diperolehi pada masa hadapan iaitu setelah kita ditimpa musibah dan kecekalakaan. dan sekiranya kita TELAH didiagnos dengan penyakit, susah syarikat takaful nak approve permohonan. maka sebab itu, ambiklah takaful ketika kita sihat.'
'- Paragon 2012
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
''IMHO, tanggapan melayu pada kepentingan insurans/takaful ni dah jauh meningkat berbanding 20thn lpas. wpun x se'aware' kaum lain, saya anggap ia satu sukses & progress. kita masih dalam fasa 'awareness' which is good. maybe sebab kita dah sedar yang kos of living semakin meningkat dan impossibel utk turun, kos perubatan melambung naik, ketidaktentuan ekonomi etc membuatkan kita berfikir pjg utk protect diri & famili.''.- Azhar 2012
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Saya harap kat sini siapa pun tak tersinggung,tapi benda nie amat tersinggung kepada majori orang melayu.Kenapa majoriti orang melayu tak suka ambil insurans nyawa?Sedih juga lebih lebih lagi kakitangan kerajaan banyak yang tak ambil sebab kerajaan bagi perubatan percuma di wad untuk staff.Tapi fikir balik ok ke keadaan hospital kerajaan,bagi saya suasana dan layanan tak sehebat hospital swasta.Kenapa saya kata begitu? kerana anda dapat melawat keluarga anda bila bila masa sahaja di hospital swasta dibandingkan hospital kerajaan yang mewajibkan masa melawat.
Walaupun saya kakitangan kerajaan,saya masih ambil insurans nyawa sebab utama nak selesa jika tiba tiba anda sakit dan dimasukkan ke hospital juga anda akan dapat elaun jika anda masuk ke hosptal selain privasi dan suasana kondusif.Jika anda tidak mengambil insurans nyawa dan tiba tiba anda kemalangan,duit anda di bank boleh lesap begitu sahaja disebabkan anda kena tanggung risiko perubatan malah malang tidak berbau jika anda kena penyakit,anda kena keluar duit untuk ubat dan kos pembedahan yang tinggi.''
- Matpenang 2011
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pada hemat saya, tidaklah menyangkal atau bersetuju dgn pendapat mereka bulat2.Mereka punya pendapat tersendiri dan mungkin ada benarnya. Hospital kerajaan pun telah menyediakan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan mereka, cumanya disini, terpulang pada kemampuan dan keselesaan anda untuk mendapat rawatan. Haaaa..satu lagi nak saya ingatkan, Sejak dahulu lagi, ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar.  Tapi tidak semuanya percuma.  Ada kes-kes yang pesakit, walau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Jadi disini kita cuma berikhtiar,


Nikmat SIHAT sebelum datang SAKIT

Salam Muhibbah

Bukan kita minta..tapi kan..satu hari kita mesti jatuh sakit, ada orang yg sakit dulu, ada yg sakit kemudian. sebab tu Rasullullah pun ada berpesan ; ingat nikmat sihat sebelum sakit, Walau pun kita tak tau, sebab sakit atau sihat pada masa akan datang hanya Allah yang tahu dan tentukan (tidak kira sama ada orang tu gemuk atau normal atau kurus). Kita hamba-Nya yang lemah, tak tau apa2 pun yang berlaku pada masa akan datang walau pun sesaat kehadapan.  Disini anda dapat lihat dimana takaful itu penting utk orang yg hidup dalam kesederhanaan, dan jika berlaku krisis ianya boleh melumpuhkan ekonomi seseorang ke tahap muflis!
Pernahkah anda berjumpa dgn penyara tunggal yg kena stroke, ada isteri dgn 2-3 anak yg masih kecil/masih di bawah tanggungan keluarga? Wang pampasan RM 100K yg diterima itu tak banyak kalau berbanding dgn jumlah pendapatan seseorang jika dikira sepanjang hayat. Tetapi ITU SAJA yg boleh mereka ada untuk ibu beli susu, bayar duit rumah/kereta & bergantung hidup!
Nak harapkan sanak-saudara sekarang pun payah kerana sekarang kebanyakan orang hanya mampu hidup ala kadar...sedih bukan ..tapi inilah hakikat yg perit nak terima.

Keratan akhbar diatas adalah apa yg telah berlaku pada saudara kita, jadi jika berminat ambillah plan perubatan atau medical card di masa anda sihat, dan tiada sebarang risiko penyakit dengan segera. Kerana Insyallah ianya akan menguntungkan anda berbanding kalau dah sakit baru nak amik. Bukan bermaksud kalau kita dah ada medical card, kita akan senang pada masa akan datang, tapi ini sebagai ikhtiar, kalau Allah nak uji kita dengan penyakit, kita dah bersedia dengan tabung perubatan yang kita tak perlu nak simpan dengan amount yang banyak. Sesungguhnya,susah senang kita pada masa hadapan bukan kita yang tentukan, itu hak milik MUTLAK Allah S.W.T. Kita hanya merancang sahaja sebagai ikhtiar.

Friday 24 May 2013

TAKAFUL? fahami dengan cara mudah






Mengikut syara' takaful adalah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain. 
 
 

Kenapa perlu Takaful?

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan. 
  •   Menjaga kebajikan sosial 
  •   Mewujudkan keharmonian sosial 
  •   Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many    compensate the unfortunate few".                                   
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang membawa bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Ciri-Ciri Takaful berbanding insurans konvensional

Tiada unsur riba 'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui. 
  •   Tiada unsur riba] 
  •   Tiada unsur maisir (judi) 
  •   Tiada unsur gharar 
  •   Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah) 

Menurut Akta Takaful 1984, definisi Takaful ialah:
" Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu."