- Dimanakah kedudukan kewangan kita apabila diuji dengan kesakitan?
- Siapakah sahabat serta ahli keluarga yang sudi untuk membantu kita ketika diri ditimpa musibah?
- Apakah kita sudah menyediakan bekalan kewangan yang secukupnya sebagai persediaan untuk menempuh hari-hari kecemasan yang kita tak pernah tahu bila datangnya?
- Adakah kita pernah berniat untuk meminta bantuan orang ramai dikala kita ditimpa kesakitan serta kesusahan sedangkan pada waktu sebelumnya kita pernah senang dan tidak terfikir langsung untuk menyediakan payung sebelum hujan?
- Adakah kita seorang yang sangat penyabar sehinggakan kita sanggup menanggung kesakitan @ melihat anak kita menangis teresak-esak disebabkan oleh sakit hanya kerana menunggu turn untuk dilihat serta dirawat oleh doktor?
segala jawapan hanya anda sahaja yang tahu...Rasulullah selalu pesan kepada umatnya...ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara :
1) Sihat sebelum sakit
2) Lapang sebelum sempit
3) Kaya sebelum miskin
4) Muda sebelum tua
5) Hidup sebelum mati
Ambillah cerita orang sebagai iktibar dan peringatan supaya kita boleh bersiap-sedia menghadapi segala kemungkinan yang ada dengan bekalan yang sudah kita sediakan dari awal. Bertindaklah selagi belum terlambat...



No comments:
Post a Comment